.

Motivasi Pelajar UPSR SK Kutan 2010

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon 2010

Pertandingan Catur Peringkat ZON

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK KUTAN 11MAC 2010(KHAMIS)

TEKS SELAWAT

Seorang Murid 1 Sukan

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan
BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

NUTP Mahu Sekolah & MSN berbincang

Feb 23, 2010
NUTP Mahu Sekolah & MSN Berbincang

NUTP mahu sekolah, MSN diajak bincang
Oleh Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pelajaran membincangkan dengan lebih mendalam dengan sekolah, guru dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pelaksanaan keputusan mewajibkan semua pelajar menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbincangan itu perlu bagi menguntungkan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar.

“Tidak semestinya tenaga pengajar terdiri daripada jurulatih profesional, tetapi kita juga mengalu-alukan bekas atlit yang mempunyai pengalaman untuk dikongsi bersama pelajar.

“Guru besar dan pengetua juga perlu mengubah sikap mereka dan menjadikan sukan antara subjek penting di sekolah selain akademik,” katanya mengulas cadangan Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar sekolah rendah dan menengah mengambil satu jenis sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, jawatankuasa sementara akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar menyertai sukan.
Hashim berkata, langkah itu memberi peluang kepada guru terutama yang mempunyai ijazah sains sukan memanfaatkan ilmu mereka.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata keputusan itu antara cara meningkatkan martabat sukan dan melahirkan jaguh peringkat dunia.

“Untuk merealisasikan peraturan ini, kementerian perlu bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan. Cara ini dilakukan sekolah seperti di New Zealand dalam bidang sukan seperti gimnastik,” katanya.

Majlis Perlantikan Pengawas SK Kutan 2010

Followers